Format fail
PDF berkualiti tinggi ialah pilihan paling selamat. Fail AI, EPS atau CDR boleh dihantar jika ada. PNG dan JPG sesuai jika resolusinya mencukupi.
Elakkan screenshot, gambar WhatsApp yang telah dikompres atau fail terlalu kecil.
WhatsApp Gunakan senarai ini sebelum menghantar fail untuk mengurangkan pindaan, mempercepat semakan dan mengelakkan hasil cetakan yang kurang jelas.
PDF berkualiti tinggi ialah pilihan paling selamat. Fail AI, EPS atau CDR boleh dihantar jika ada. PNG dan JPG sesuai jika resolusinya mencukupi.
Elakkan screenshot, gambar WhatsApp yang telah dikompres atau fail terlalu kecil.Gunakan sekitar 300 dpi pada saiz cetakan sebenar untuk produk yang dilihat dekat. Cetakan besar boleh menggunakan resolusi lebih rendah bergantung pada jarak pandang.
Hantar fail asal supaya kami boleh menilai resolusi sebenar.Sediakan artwork dalam mod warna CMYK jika boleh. Warna pada skrin menggunakan RGB dan mungkin kelihatan sedikit berbeza selepas dicetak.
Maklumkan jika terdapat warna jenama yang perlu diberi perhatian.Sediakan bleed sekurang-kurangnya 3 mm untuk kebanyakan cetakan kecil. Jauhkan teks penting sekitar 3–5 mm daripada garisan potong.
Untuk banner, jauhkan teks dan logo daripada kawasan jahitan atau lubang mata ayam.Nyatakan produk, saiz siap, kuantiti, material, tarikh diperlukan, lokasi serahan dan sama ada anda perlukan bantuan design.
Brief yang lengkap membantu quotation disediakan dengan lebih cepat.